KOTA BHARU: Keterujaan seorang kanak-kanak lelaki bermain mercun bola membawa padah apabila tiga jari tangannya hancur akibat letupan mercun berkenaan dalam kejadian di Kedai Buloh, Badang di sini Rabu lalu.
Nor Sham Shah Kiemee Ahama, 11, dikatakan keluar dari rumah pada jam 1 petang untuk bermain mercun bersama rakan-rakan sekampung.
Bagaimanapun, tindakan dia mendekati mercun tersebut memakan diri apabila mercun yang dipercayai 'lambat' meletup itu tiba-tiba meletup hampir dengan tangan kanannya.
Ibu saudaranya, Wan Rahimah Wan Noh, 31, memberitahu, ketika kejadian, anaknya, Aefan Rasha Adnan, 13, turut bersama mangsa yang bermain mercun lebih kurang 200 meter dari kediamannya.
"Saya tahu anak saya keluar main mercun dengan Sham Shah dan seorang lagi rakannya.
"Namun saya terkejut apabila anak saya pulang dan beritahu jari tangan Sham Shah putus sebab letupan mercun.
"Tidak lama selepas itu salah seorang rakan mereka juga datang ke rumah saya membawa satu daripada jari tangan mangsa yang ditemui di lokasi kejadian.
"Saya dan anak bergegas ke tempat mereka bermain dan menjumpai kesemua jari tangan tersebut yang hampir hancur," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kedai Buloh, Badang, di sini.
Menurutnya, anak saudaranya itu tidak menangis sebaliknya hanya mengucapkan 'Subhanallah, Subhanallah' berulang kali sehingga sampai ke rumah dengan bantuan rakan-rakannya.
Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Badang sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, ibu mangsa, Wan Munirah Wan Noh, 40 tahun ketika dihubungi memberitahu, dia reda dengan keadaan menimpa anak bongsunya itu dan bersyukur dia selamat walaupun hilang tiga jari iaitu jari manis, telunjuk dan hantu.
"Mujur dia selamat, syukur Alhamdulilah. Keadaan dia juga semakin baik dan reda dengan kehilangan tangan tersebut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Tiga jari hancur angkara mercun bola 'lambat' meletup
Sinar Harian
Fri May 14 2021
Sham Shah semasa dirawat di hospital. -Foto Sinar Harian
Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.
India bawa pulang 10 tan emas dari Britain - Laporan
India adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia selain menjadi pengguna kedua terbesar logam berharga itu.
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Lima jari tangan wanita hancur tersangkut mesin pengisar
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20 tahun sedang melakukan tugasan rutin di kilang menghasilkan keropok menggunakan mesin pengisar.
Tiga jari hancur angkara mercun bola
Anak saudaranya itu tidak menangis sebaliknya hanya mengucapkan 'Subhanallah, Subhanallah' berulang kali sehingga sampai ke rumah dengan bantuan rakan-rakannya.